BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Engkau memang cantik kerana kamu tidak pernah tahubetapa cantinya kamu



DALAM SENYUMAN,ADA MAKSUD TERSURAT,DALAM KETAWA,ADA TERSIMPAN KESEDIHAN,DALAM HATI,TERSIMPAN SERIBU RAHSIA,WALAU APAPUN YANG MENIMPA,KUATKALAH HATI MENEMPUH SEGALA UJIAN ALLAH..

cantiknya!!!!



Popular Posts


Sunday, March 31, 2013



PERHATIAN SELURUH UMAT MUHAMMAD S.A.W !!!! 


"Pernahkah anda sebagai seorang Islam melihat atau menggunakan perkataan "SALAM" ini??? 


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM" ini? Apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Lebih baik kita gunakan »» ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan !!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam SMS ataupun E-mail. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

*»» Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

*»» Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

*»» Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu". ”Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

*Dibenarkan berKONGSI
♥♥♥Tolong TAG / SHARE kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri, keluarga, masyarakat & sebangsa dengan kita daripada terus membuat dosa..

Assalamualaikum & Selamat berkongsi atas niat persaudaraan sesama Islam~♥

Sekian, semoga kita semua berada di jalan yg di redhaiNYA serta dpt manfaatnya, Insya Allah...
 


Thursday, May 19, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Dari kisah teladan..

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
 
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. 

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Daripada kisah teladan... 

Thursday, February 24, 2011

Ya Rasulullah...Alangkah Indahnya Hidup Ini Andainya.flv

Ya Rasulullah.wmv

Wednesday, December 15, 2010

Adab-adab Seorang Pelajar Muslim

Adab Terhadap Allah S.W.T

1. Cintakan Allah S.W.T
2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah
3. Takut dan mengharapkan kepada Allah
4. Bersyukur dengan nikmat yang diberikan
5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan
6. Sentiasa berzikir mengingati Allah apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan
7. Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah
8. Beriman terhadapt Qadha' dan Qadar Allah dengan penuh keyakinan kerana setiap yang berlaku ada hukmahnya.

Adab Terhadap Nabi Muhammad S.A.W

1. Cintakan Nabi 
2. Beriman dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh Baginda S.A.W
3. Kasihkan keluarga, sahabat dan saudara Islam (umat) Baginda S.A.W
4. Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda S.A.W
5. Memulia dan mengamalkan Sunnah Baginda S.A.W
6. Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda
7. Mengadakan majlis memperingati Baginda S.A.W seperti sambutan Maulidul Rasul, peristiwa Isra' dan Maikraj.

Adab Bersama Guru

1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul
2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri
3. Meminta izin untuk bertanya atau beredah dari majlis
4. Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka.

Adab Bersama Ibu Bapa

1. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara'
2. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya
3. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab
4. Segera menjawab panggilan mereka
5. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka
6. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah
7. Memohon supaya mereka mendoakan untuk kesejahteraannya di dunia dan di akhirat

Adab Memilih Sahabat

1. Pilih rakan yang berakhlak mulia dan taat kepada agama
2. Pilih rakan yang tidak mementingkan diri sendiri
3. Pilih rakan yang ikhlas dalam segala perkara
4. Pilih rakan yang mahu membantu di waktu senang dan susah
5. Pilih rakan yang suka memaafkan kesalahan
6. Pilih rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong
7. Pilih rakan yang mengingatkan kita kepada Allah dan perkara kebaikan

Adab Belajar

Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada Allah S.W.T kerana dosa adalah kegelapan, ilmu dan istighfar itu adalah cahaya

Berwuduk, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian

Perbetulkan niat, belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggikan syiar-syiar agama Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah

Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji

Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran, sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam, antara maghrib dan Isya' dan pada waktu pagi.

Selalu merujuk kepada guru, selalu berbincang dan membuat "study group" bersama rakan-rakan dan sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri serta mengamalkan dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari

Wednesday, October 13, 2010

huruf hijaiyah