cantiknya!!!!
Popular Posts
-
Adab Terhadap Allah S.W.T 1. Cintakan Allah S.W.T 2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah 3. Takut dan mengharapkan kepada Al...
-
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembal...
-
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, " Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian d...
Saturday, May 29, 2010
Sedarkah kita....
Kita Terpegun melihat pelangi, tapi kita lupa siapa yang mewarnainya,
Kita asyik dibuai angin dunia, tapi kita lupa siapa penghantar deruannya,
Kita asyik memerhati kumbang menghinggap bunga, tapi kita lupa siapa pemberi madunya,
Kita gembira mendengar kata-kata manis dari mulut mereka, tapi kita lupa siapa pencetus suaranya,
Tapi bertambah malang dan ruginya kita bila roh telah sampai ke halqum, tapi kita tetap lupa siapa pencabut nyawanya. Itulah penyakit lupa yang sering menyerang hati
Insan yang bernama MANUSIA....
Sama-sama kita renungkan wahai sahabat-sahabat seaqidahku...
Ujian kepada hamba-Nya
Seringkah kita berfikir, Begitu mulia & bersihnya hati nabi kita,
tetap senyum bila di benci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi,
Kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati..
Ayuh kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi kerna Qudwah kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat Hamba Allah yang Hakiki.
Monday, May 10, 2010
Saturday, May 08, 2010
Wasiat Hasan Al-Banna
Terdapat 10 Wasiat Hasan al-Banna :
1. Segeralah tunaikan solat
2. Bacalah al-Quran
3. Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab Fusha
4. Jangan banyakkan perdebatan
5. jangan banyak ketawa
6. Jangan banyak bergurau
7. Jangan mengangkat suaramu lebih dari yang diperlukan oleh pendengar
8. Jangan mengumpat
9. berkenalanlah dengan orang yang saudara temui
7.
Subscribe to:
Posts (Atom)